Surat akuan Bujang… I’M Single.. PERCUMA.
CONTOH SURAT AKUAN BUJANG (LELAKI atau PEREMPUAN) bagi permohonan di JAWI (KL) dan Jabatan Agama Islam negeri / DAERAH yang tertentu sahaja..
LETTER HEAD – KEPALA SURAT (NAMA SYARIKAT ANDA BEKERJA)
No rujukan:
Tarikh:
Penolong Pengarah,
Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk
Pentadbiran Undang-undang Syariah
Tingkat 3, Blok Perpustakaan
Kompleks Pusat Islam, JAWI
Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur
TEL: 03-22749333
Tuan,
PER: SURAT AKUAN BUJANG
Kami menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas, bahawasanya SI POLAN BIN SI POLAN No kad pengenalan; 777777-14-7777, bekerja di syarikat kami sebagai Finance Manager.
Mengikut rekod di Syarikat kami, SI POLAN BIN SI POLAN masih BUJANG dan BELUM PERNAH BERKAHWIN.
Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau. Sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas.
NAMA ORANG YANG MENGELUARKAN SURAT cop syarikat DAN TANDA TANGAN pegawai
Surat akuan bujang dari syarikat atau dari majikan (employer) ialah salah satu di antara beberapa ’supporting document’ yang di perlukan BAGI JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI tertentu sahaja bagi meluluskan permohonan perkahwinan pemohon, dan di antara JABATAN KERAJAAN yang memerlukan SURAT AKUAN BUJANG ialah JAWI. JAWI ialah kata singkat bagi JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN. Surat akuan bujang juga di perlukan di LABUAN dan di PUTRAJAYA. Mana-mana pemohon yang akan BER-URUSAN DENGAN JAWI, PERLU MENGEMUKAKAN satu SURAT AKUAN BUJANG yang di keluarkan oleh SYARIKAT ATAU wakil majikan atau MAJIKANnya.
Saya ulang… sekali lagi…
“Mana-mana pemohon yang akan BER-UruSAN DENGAN JAWI, dan pemohon yang berurusan dengan JAWI ialah SEORANG LELAKI, PERLU MENGEMUKAKAN SATU SURAT AKUAN BUJANG YANG DI KELUARKAN OLEH SYARIKAT ATAU wakil majikan atau dari MAJIKAN.”
Dengan syarat syarikat yang menjadi majikannya (employer) ialah syarikat yang berdaftar dengan SSM, (Pendaftar syarikat Malaysia). Surat pengesahan bujang di keluarkan oleh wakil majikan atau Pegawai Sumber Manusia, sesebuah syarikat enterprise atau sdn bhd atau BHD SECARA PERCUMA kepada kakitangannya yang akan berkahwin.
Bagi syarikat kecil yang mempunyai kurang dari 5 kakitangan dan besar ke-mungkinan syarikat kecil itu tidak mempunyai pegawai Human resource, oleh itu pemohon boleh mendapatkan surat akuan bujang terus dari pemilik syarikat itu (OWNER).
Sekiranya pemohon ialah pemilik syarikat (OWNER), beliau boleh mendapatkan surat pengesahan bujang dari pegawai Human Resource di syarikatnya atau dari rakan kongsi di DALAM syarikat tersebut. Ini merujuk kepada syarikat SDN. BHD, BHD atau enterprise yang mempunyai rakan kongsi dalam perniagaan tersebut. Rakan kongsi dalam SDN BHD ialah EXECUTIVE DIRECTOR atau SALAH SEORANG PEMEGANG SAHAM (ONE OF THE SHARE HOLDER OF THE COMPANY)
Sekiranya pemohon tidak mempunyai majikan atau tidak bekerja dengan mana-mana syarikat yang sah, maka pemohon perlu mendapatkan SATU AKUAN BERSUMPAH DARI JAWI. Sekiranya pemohon di arah oleh JAWI untuk mendapatkan surat akuan bersumpah dari PERSURUHANJAYA SUMPAH, maka pemohon perlu pergi ke mana-mana pesuruhanjaya sumpah yang sah dan memohon satu surat pengesahan bujang. Sekiranya JAWI mengarahkan pemohon melakukan sumpah Syarie di hadapan penolong pendaftar atau ‘kadi’ di dalam sesebuah masjid, maka pemohon perlu mengikut apa yang telah di arahkan oleh JAWI.
Sekiranya pemohon berurusan dengan JAIS. JAIS ialah kata singkat bagi JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR…. Pemohon tidak perlu mengemukakan surat akuan BUJANG, tetapi SURAT AKUAN BUJANG DI GANTI DENGAN DUA ORANG SAKSI DOKUMEN.
Saya ulang sekali lagi…
Pemohon yang memohon untuk mendapatkan surat kebenaran berkahwin dari JAIS tidak perlu mengemukakan SURAT AKUAN BUJANG. SURAT AKUAN BUJANG di JAIS tidak wujud. Ini kerana JAIS menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza seperti dua orang saksi perlu hadir bersama PEMOHON di hadapan penolong pendaftar atau ‘kadi’ di sesebuah masjid dan Dua orang saksi itu di perlukan kerana mereka perlu mengesahkan atau menyokong dokumen PEMOHON atau status pemohon sebelum di hantar ke JAIS untuk kelulusan pemohon.
Adalah menjadi satu kesalahan, sekiranya dua orang saksi dokumen itu bersubahat dengan memalsukan fakta seperti status perkahwinan pemohon dan bersubahat dengan pemohon, jika di dapati pemohon gagal mendapatkan surat kebenaran kahwin di Jabatan kerajaan seperti JAIS, maka dua orang saksi itu akan di panggil untuk memberi keterangan. Tindakan mahkamah BOLEH di kenakan ke atas dua orang saksi tersebut bersama pemohon. Dua orang saksi juga di panggil sebagai PENJAMIN (GUARANTOR). KEbiasanya PENJAMIN di perlukan dalam perjanjian sewa beli atau pinjaman bank dan dalam Permohonan berkahwin di selangor dan negeri-negeri tertentu seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI -NEGERI di MALAYSIA.
Related Content
|
Lindsay Lohan's Assistant Worries Lindsay Will Kill Herself
In yet another recording released by Lindsay's dad Michael, her assistant Jenni Muro says, "I am trying to save your daughter's life every day." Wait, Lindsay Lohan has an assistant?
|
|
Twilight’s Christian Serratos Gets Naked For PETA
Serratos poses naked for the 'I'd Rather Go Naked Than Wear Fur' campaign.
|
|
100 Best Bikini Bodies
Click here for the best way to spend 10 minutes.
|



